28 October, 2011

File/Folder Yang Tidak Dapat di Cipta Dalam Windows...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

Ada beberapa tips tentang windows yang mungkin kita ketahui atau mungkin yang kita tidak ketahuinya. contoh dalam windows ada beberapa jenis perkataan yang kita tidak boleh gunakan untuk membuat nama file atau folder.  Boleh la anda mencubanya sendiri >>>  Klik Kanan pada Desktop  pilih New-- pilih Folder dan namakan sebagai 'aux'  tanpa pembuka atau penutup kata...

Boleh juga cuba dengan nama tersebut : prn, com3, lpt2  ...

Akan keluar ralat seperti berikut:



Ini adalah disebabkan windows telah me'reserve'kan nama-nama tersebut untuk kegunaan di dalam memorinya. Cuba klik Start--> Run  --> taip cmd. Kemudian taip 'mem/d'. Nama-nama tersebut telah di'reserve' untuk 'System Device Driver'.



Selamat Mencuba..! :-)

16 October, 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2011(Final) MRSM Kota Kinabalu sudah keluar

Pejam celik pejam celik, sudah berada di penghujung tahun 2011 rupanya. Terasa masa begitu cepat melewati kehidupan ini. Pelajar-pelajar juga sudah sepatutnya bersedia dan mengulangkaji dari sekarang untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti. Jadual sudah keluar tapi tak sempat nak masukkan sekarang, tunggu naik kerja hari Isnin, InsyaAllah.

15 October, 2011

UKKM Form 3 berjalan lancar di Makmal Komputer 1 dan 2

Pada12 dan 13 Oktober yang lalu, bertempat di Makmal Sains Komputer 1 dan 2 telan berjalan satu Ujian untuk pelajar Tingkatan 3 yang telah selesai menduduki PMR. Ujian ini adalah ujian untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 di MRSM iaitu UKKM (Ujian Kemasukan ke MRSM). Seramai 3 orang guru yang terlibat iaitu Pn Rosdiana Sarju sebagai Ketua Pengawas, Pn. Norizan Othman dan Pn Sarimah Raduan dengan dibantu oleh PPSM kami iaitu En. Mohd.Syukri bin Samsuni dan juruteknik Pn. Faridah Yusuf.


Ketua UPPM memberi tunjuk ajar

Pn Norizan memeriksa pelajar
Juruteknik meninjau komputer yang ada problem



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting